Kesimpulannya, emas dan sutera diharamkan terhadap lelaki kerana Islam bermaksud kepada suatu tujuan pendidikan moral yang tinggi iaitu Islam sebagai agama perjuangan dan kekuatan, harus selalu melindungi sifat keperwiraan lelaki dari segala macam bentuk kelemahan, kejatuhan dan kemerosotan. Seorang lelaki yang telah diberi keistimewaan oleh Allah SWT susunan anggotanya yang tidak seperti susunan keanggotaan wanita, tidak layak kalau dia meniru wanita-wanita ayu yang melebihkan pakaiannya sampai ke tanah dan suka bermegah-megah dengan perhiasan dan pakaian. Di sebalik itu ada suatu tujuan sosial. Yakni, bahwa diharamkannya emas dan sutera bagi laki-laki adalah salah satu bagian daripada program Islam dalam rangka memberantas hidup bermewah-mewahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan