Ahad, 7 Mei 2023

RUJUKAN



  1. Hukum Lelaki Pakai Emas. Boleh atau Tidak? - Aku Muslim
  2. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - Emas dan sutera haram bagi lelaki (muftiwp.gov.my)
  3. PandaSilk: Affordable Mulberry Silk Bedding & Clothing
  4. Sutera - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
  5. Emas - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas
  6. 10 Manfaat Emas yang Banyak Orang Belum Ketahui - Akseleran Blog
  7. Hikmah Diharamkannya Lelaki Mengenakan Emas dan Sutra Asli (sindonews.com)






KESIMPULAN



Kesimpulannya, emas dan sutera diharamkan terhadap lelaki kerana Islam bermaksud kepada suatu tujuan pendidikan moral yang tinggi iaitu Islam sebagai agama perjuangan dan kekuatan, harus selalu melindungi sifat keperwiraan lelaki dari segala macam bentuk kelemahan, kejatuhan dan kemerosotan. Seorang lelaki yang telah diberi keistimewaan oleh Allah SWT susunan anggotanya yang tidak seperti susunan keanggotaan wanita, tidak layak kalau dia meniru wanita-wanita ayu yang melebihkan pakaiannya sampai ke tanah dan suka bermegah-megah dengan perhiasan dan pakaian. Di sebalik itu ada suatu tujuan sosial. Yakni, bahwa diharamkannya emas dan sutera bagi laki-laki adalah salah satu bagian daripada program Islam dalam rangka memberantas hidup bermewah-mewahan.

Rabu, 3 Mei 2023

KEGUNAAN EMAS & SUTERA

KEGUNAAN EMAS


1. Mata Wang
Sebelum kewujudan mata wang seperti hari ini, orang purba menggunakan logam sebagai medium pertukaran. Bermula dari tembaga, perak, hingga emas yang digunakan sebagai medium pertukaran untuk orang purba dalam bentuk kepingan.


2. Lapisan Bangunan
Kegunaan emas yang lain adalah sebagai salutan bahan di luar bangunan. Kerana sejak dahulu logam kuning ini adalah simbol kekayaan, kemuliaan, dan kuasa.


3. Bahan Mentah Pesawat
Anda mungkin tidak tahu bahawa Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menggunakan emas untuk menyaluti litar pesawat dan enjin yang dihantar ke angkasa lepas. Ini disebabkan oleh pelbagai sifat semula jadi, seperti menentang radiasi, anti karat, dan pengaliran elektrik.


KEGUNAAN SUTERA


  • Pakaian yang diperbuat daripada serat sutera sering kali mahal dan mempunyai nilai yang tinggi. Apabila serat sutera dipintal dalam proses tenunan, kain sutera yang berbeza dibuat, seperti krep, shantung dan satin.
  • Dupioni adalah sejenis sutera India yang sesuai untuk baju lelaki, pakaian wanita. Serat sutera yang ditenun menjadikan pakaian tidur , seluar dalam dan jubah yang lembut dan mengalir .
  • Sutera sifon adalah sutera lembut dan ringan yang diperbuat daripada benang yang sangat berpintal – kuat tetapi masih sangat nipis digunakan untuk pakaian formal wanita.
  • Sutera mentah sering digunakan untuk pakaian olahraga dan pakaian wanita, ketika lapisan serecin cair ditinggalkan di atas serat sutera, sutera kasar dan kasar dihasilkan – dikenal sebagai “sutera mentah.” Banyak jaket sukan lelaki, pakaian wanita dan kot dibuat dengan sutera ini.

KAJIAN SAINS

KESAN JIKA EMAS MENEMBUSI BADAN LELAKI


Kesannya adalah akan berlakunya protein clumping iaitu protein berkumpul. Ia memberi kesan tidak elok pada sistem kardiovaskular lelaki. Bila protein terkumpul, saluran darah akan tersumbat. Maka, ia akan jadi toksik sebab ia tidak berfungsi.

Kenapa wanita tak kena benda ini? Kerana wanita ada hormon estrogen, manakala lelaki tiada. Hormon aktif dalam melakukan kerja-kerja peredaran darah dalam badan wanita, lagi-lagi ketika mereka mengalami haid.

Jadi, bila golongan wanita memakai emas, tak adalah akan tersumbat saluran darah mereka. Ia akan diselamatkan oleh hormon estrogen ini. Itu serba sedikit hikmah pengharaman memakai emas kepada golongan lelaki dan harus bagi golongan wanita dari sudut saintifik.

HUKUM & HADITH


Kami melihat hukumnya terbahagi kepada dua:

 

  • Pertama: Jika seorang lelaki memakai emas kerana hajat ataupun darurat. Contohnya masalah kesihatan. Maka ini dibolehkan. Dalilnya berdasarkan hadis berikut.

Daripada Abdurrahman bin Tarafah:

أَنَّ جَدَّهُ عَرْفَجَةَ بْنَ أَسْعَدَ قُطِعَ أَنْفُهُ يَوْمَ الْكُلَابِ، فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ، فَأَنْتَنَ عَلَيْهِ، فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ

Maksudnya: Bahawa atuknya ‘Arfajah bin As’ad terpotong hidungnya pada hari Peperangan Kulab. Kemudia dia memasang acuan hidung daripada bahan perak, lalu baunya busuk dan mengganggu beliau, maka Nabi SAW menyuruhnya mengambil hidung daripada jenis emas. 

Hadis riwayat Imam Abu Daud (4232) dalam Sunan-nya

Al-Khattabi: Hadis ini menunjukkan keharusan menggunakan sedikit emas bagi lelaki ketika keadaan darurat seperti dalam penyusunan gigi, dan tidak ada bahan lain yang boleh menggantikannya. Lihat Ma`alim al-Sunan (4/215).


  • Kedua: Pemakaian bagi tujuan perhiasan atau selain daripada perubatan seperti pen yang diletak dipoket, dan jam tangan. Maka hukumnya tidak dibolehkan.  Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:

إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.

Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya

 

  • Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: 

أُحِلَّ لِإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا 

Maksudnya: Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku. 

Hadis riwayat Imam Ahmad (19502) 

Al-Syaukani berkata: Hadis ini merupakan dalil yang digunakan jumhur ulama yang berpendapat bahawa sutera dan emas haram bagi lelaki dan harus bagi wanita. Lihat Nail al-Autar (2/98).Ini kerana Nabi SAW menyebut dengan jelas lagi sarih tentang pengharaman pemakaian sutera asli dan emas bagi lelaki.

 

  • Adapun jika digunakan sebagai pinggan mangkuk, maka diharamkan sama ada bagi lelaki atau wanita.  Sabda Rasulullah SAW:

وَلاَ تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ، وَلاَ تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهَا، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَنَا فِي الآخِرَةِ

Maksudnya: Jangan kalian minum daripada bekas yang diperbuat daripada emas and perak, dan jangan pula kalian makan daripada bekas makanan yang perbuat daripadanya, kerana sesungguhnya kedua-duanya bagi orang kafir dan bagi kita di akhirat nanti.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5426) dalam Sahih-nya

 

  • Rasulullah SAW juga mengingatkan tentang azab yang keras bagi orang minum dan makan daripada bekas emas dan perak. Sabda Baginda SAW:

الَّذِي يَشْرَبُ فِي إِنَاءِ الفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ

Maksudnya: Mereka yang minum daripada bekas perak maka akan menggelegak dalam perutnya api neraka Jahannam.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5634)

Ini kerana penggunaan itu melambangkan kesombongan. Pengharaman ini juga bersifat ijma’.

PENDAHULUAN



Sutera ([su.tĕ.ra]) merupakan gentian protein semulajadi yang sesetengah jenisnya boleh ditenun menjadi tekstil. Jenis sutera yang paling dikenali adalah sutera yang diperoleh daripada kepompong yang dihasilkan larva ulat sutera kertau (Bombyx mori) yang diternak (serikultur). Rupa berkilauan yang menjadi punca tarikan sutera didatangkan oleh struktur seakan-akan prisma segitiga dalam gentian yang membolehkan kain sutera membias cahaya yang menembusinya di pelbagai sudut.




Emas (Jawi: ‏امس‌‎), mas (Jawi: ‏مس‌‎) atau aurum (Kim.,[1] Jawi: اءوروم‎) ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.

PENGENALAN

AHLI KUMPULAN


MUHAMMAD AQASHA EFFENDI BIN ASRUL EFFENDI
04DKM22F1049


SUFI WALIUDDIN BIN ZULKIFLI
04DKM22F1026



MUHAMMAD NABILNA'IM BIN MD. FUAD
04DKM22F1014



NIK MOHAMMAD HAKIMI SYAZWAN BIN MOHD ZULKIFLEE
04DKM22F1002

RUJUKAN

Hukum Lelaki Pakai Emas. Boleh atau Tidak? - Aku Muslim Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - Emas dan sutera haram bagi lelaki (muftiwp.gov.m...