Sutera ([su.tĕ.ra]) merupakan gentian protein semulajadi yang sesetengah jenisnya boleh ditenun menjadi tekstil. Jenis sutera yang paling dikenali adalah sutera yang diperoleh daripada kepompong yang dihasilkan larva ulat sutera kertau (Bombyx mori) yang diternak (serikultur). Rupa berkilauan yang menjadi punca tarikan sutera didatangkan oleh struktur seakan-akan prisma segitiga dalam gentian yang membolehkan kain sutera membias cahaya yang menembusinya di pelbagai sudut.
Emas (Jawi: امس), mas (Jawi: مس) atau aurum (Kim.,[1] Jawi: اءوروم) ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas ialah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Piawaian emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan